Panasnya Hari Ini

Penahanan Rafizi, Satu Penghinaan Kepada Parlimen Dan Institusi Kekeluargaan

KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad tampil mempersoalkan cara penahanan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dengan menyifatkannya satu penghinaan bukan sahaja kepada Parlimen, malah kepada institusi kekeluargaan.

“Waktu penahanan itu adalah dipilih secara kejam bagi menggugat Rafizi dan keluarganya.

“Mungkin banyak masa dan tempat lain untuk menahannya tetapi mengapa pilih pada waktu dan tempat berkenaan,” kata memetik sumber Mstar online.

Terdahulu, Rafizi pada Selasa ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang dibuatnya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Ahli Parlimen Pandan itu ditahan di hadapan pintu Parlimen pada kira-kira pukul 6.20 petang Selasa semasa beliau meninggalkan bangunan Parlimen.

Beliau seterusnya dibawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi tweet beliau mengesahkan penahanan itu mengikut OSA bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");