Panasnya Hari Ini

Deklarasi Rakyat: Sasar 1 Juta Tandatangan Diserahkan Kepada Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR: Deklarasi Rakyat yang menyasarkan sebanyak 1 juta tandatangan sebagai langkah mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan diserahkan kepada mesyuarat Majlis Raja-raja bulan depan.

Menurut Setiausaha Kempen Selamatkan Malaysia, Datuk Kamarudin Jaffar, setakat ini, kira-kira 250,000 tandatangan berjaya diperolehi dan sasaran mereka ialah 1 juta tandatangan sebelum mesyuarat Majlis Raja-raja ke-241 diadakan pada 11 Mei ini.

“Kami yakin Majlis Raja-raja akan mendengar keluhan rakyat yang mahu Perdana Menteri berundur serta membuang mereka yang bersangkut paut dengannya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau yang juga wakil rakyat PKR turut menegaskan bahawa Kempen Selamatkan Malaysia tiada batas waktu.

“Kami hanya akan berhenti apabila mencapai sasaran kami,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Jelasnya lagi, satu siri jelajah Selamatkan Malaysia akan diadakan di sembilan negeri di seluruh negara yang turut disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Diminta mengulas cara bagi mereka akan menyerahkan tandatangan itu kepada Majlis Raja-raja, Kamarudin berkata, cara penyerahan belum ditentukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");