Membawang Hari Ini

Filem lakonan terbaru SRK dapat pujian

Jika filem Dilwale dikategorikan filem terburuk di India, tetapi hati Datuk Shah Rukh Khan (SRK) pasti terubat apabila filem lakonan terbarunya, Fan, mendapat pujian ramai termasuk daripada penggiat seni Bollywood dan rakan artis.

Filem arahan Maneesh Sharma itu mengisahkan peminat yang terlalu obsess terhadap artis pujaannya.

Sebaik saja filem itu dilancarkan di seluruh India pada 15 April lalu, Twitter pelakon berusia 50 tahun dipenuhi ucapan dan pujian.

Antaranya daripada aktres Bhumi Pednekar yang menulis, ‘seluruh pawagam memberikan ‘standing ovation’ kepada filem itu. Seeorang peminat yang duduk di sebelah saya dalam panggung menonton filem itu sambil menggigit kuku tangannya’.

Maneesh Sharma pula komen, ‘SRK, anda adalah bintang. Meremang bulu roma saya melihat lakonan awak’.

Madhuri Dixit turut mencatat dalam Twitter SRK ‘saya sudah menonton Fan dan SRK sangat hebat’.

Pujian lain juga datangnya daripada Dia Mirza, Abhishek Bachchan, Chetan Bhagat, Sajid Khan, Saina Nehwal, Manish Paul, Suinidhi Chauhan dan Kanika Kapoor.

Sementara itu dalam satu temubual, SRK berkata walaupun dia sudah 25 tahun berlakon, dia masih terasa seperti ‘budak baru belajar’.

“Semakin banyak saya berlakon, semakin banyak perkara yang saya tak tahu. Selama 25 tahun dalam industri, saya rasa seperti terlalu sedikit yang saya tahu mengenai lakonan,” kata SRK merendah diri.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");