Sukan Hari Ini

Demi anak watan

Kuala Lumpur: Pemilik baru FC Bari 1908 Datuk Dr Noordin Ahmad bukan saja sanggup melaburkan jutaan ringgit bagi meletakkan kelab Serie B itu antara kelab terbaik Itali dalam tempoh lima tahun malah beliau bersedia berbelanja besar untuk menubuhkan akademi FC Bari di Malaysia.

Rancangan ahli perniagaan yang terbabit dengan industri minyak dan gas, berlian serta pesawat komersial sejak 1980-an itu didorong keinginan untuk menggilap bakat lebih ramai pemain muda sekali gus membantu meningkatkan kembali prestasi skuad kebangsaan.

“Saya mahu jadikan Bari sebagai platform untuk pemain muda tempatan. Mereka perlu didedahkan suasana bola sepak profesional yang sebenar.

“Kenapa tidak mereka diberikan masa depan? Biarlah mereka bermain untuk Bari, mungkin satu hari nanti kelab besar seperti Manchester United mahu mendapatkan mereka dengan menawarkan gaji lumayan.

“Bila mereka mendapat tawaran itu, terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan sama mahu terima atau tidak,” katanya yang dipetik daripada akhbar berbahasa Itali calcioefinanza.

Dr Noordin mengejutkan arena bola sepak Itali apabila bakal menjadi pemilik FC Bari secara rasmi selepas urusan perpindahan saham kelab itu selesai pada hujung Mei nanti.

Ketika ini, persetujuan sudah dicapai hasil mesyuarat ahli lembaga pengarah kelab berkenaan pada 8 April lalu dengan presiden Gianluca Paparesta bersedia melepaskan 50 peratus daripada 95 syer kelab kepada Dr Noordin dengan nilai dilaporkan kira-kira 12 juta euro (RM53 juta).

Dalam laporan Arena Metro semalam, Dr Noordin menyatakan kesediaan untuk membawa dua atau tiga pemain muda Malaysia setiap tahun untuk berlatih di Akademi FC Bari.

Sementara itu, rakan rapat Dr Noordin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pemilik kelab Itali itu merangka perancangan besar untuk membantu bola sepak Malaysia.

“Sebelum beliau membuat keputusan membeli kelab itu, beliau memang ada berbincang. Tapi soal rancangan yang bakal dilakukan selepas ini, tunggu pengumuman rasmi,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");