Jenayah

Dipenjara kerana miliki batang besi perancah curi

KUALA LUMPUR – Gara-gara memiliki batang besi perancah curi, dua orang penganggur masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhi hukuman itu terhadap Sham Khan Sidek Khan, 40, dan Mohamad Razak Ismail Din, 29, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 64 batang besi perancah curi milik Syarikat LAL Engineering Sdn Bhd.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu semalam (31 Mac).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan parkir Abu Sahid Mohamad Development, Cheras, di sini pada 10.30 pagi semalam, mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, Sham Khan memohon mahkamah menjatuhi hukuman denda kerana ini merupakan kesalahan pertamanya manakala Mohamad Razak memohon hukuman ringan kerana dia mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhd Faizal bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");