Panasnya Hari Ini

Gerakan Jatuhkan Najib, Hanya Agenda Politik Sendiri

KUALA LUMPUR:Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, menyifatkan gerakan menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pembangkang hanya akan menguntungkan mereka yang gilakan kuasa.

Ujarnya, gerakan itu juga bukan untuk mengutamakan kepentingan rakyat terutama kaum Melayu kecuali memperjuangkan agenda politik peribadi mereka.

“Orang Melayu tidak mengira parti seharusnya menolak deklarasi Dr Mahathir dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) yang dilihat hanya menguntungkan mereka.

“Ia bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk agenda politik sendiri, jadi ia perlu ditolak,” kata memetik sumber Berita harian.

Beliau turut meminta Dr Mahathir supaya tidak cuba mempengaruhi mana-mana pihak dalam UMNO termasuk dengan menghantar surat terbuka kepada ketua cawangan UMNO.

“Saya mendapat aduan daripada beberapa ketua cawangan yang memberitahu mereka menerima surat terbuka daripada Dr Mahathir.

“Saya suruh mereka kumpulkan dan bakar surat itu, sebab kalau disimpan akan menjadi bacaan anak cucu kita yang akan datang dan akan mempengaruhi mereka,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa gerakan berkenaan gagal untuk mempengaruhi mana-mana ahli UMNO termasuk ahli di UMNO Bahagian Paya Besar.

“Beberapa bekas pemimpin yang bersamanya perlu ingat mereka dahulu pernah berada dalam UMNO tetapi tindakan mereka ini akan memusnahkan parti pada masa akan datang.

“Rakyat boleh membuat penilaian apabila semakin ramai pihak menyatakan sokongan kepada kepimpinan Najib,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");