Jenayah

Empat suspek culik ditahan

Kuala Lumpur: Bekas anggota polis ditahan bersama tiga lelaki di Jalan Batu-Bata di sini, Sabtu lalu selepas disyaki menyamar sebagai polis dan menculik seorang lelaki.

Pistol angin dan satu gari dan gari turut dirampas ketika tangkapan pada 1.30 tengah hari itu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata, ketika serbuan empat suspek bersama mangsa berada dalam kereta di lokasi sebelum polis membuat pemeriksaan.

“Kami mendapati mangsa diculik di Jalan Dato Hamzah, Klang, Selangor pada hari sama. Suspek menyamar sebagai polis dan kononnya menahan suspek kerana kesalahan menipu.

“Suspek kemudiannya mengugut suspek dan meminta wang tebusan RM50,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan 384 Kanun Keseksaan selain Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 89 Akta Polis 1967,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");