Jenayah

Enam suspek bakar kereta ditahan

Kuala Lumpur: Empat lelaki dan dua wanita ditahan Khamis dan Sabtu lalu bagi membantu siasatan kes bakar kereta di Taman Tasik Titiwangsa di sini, Rabu lalu.

Semua suspek berusia 16 hingga 33 tahun itu ditahan di sekitar Ulu Klang, Taman Melawati, Chow Kit dan Setiawangsa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Muhamad Roy Suhaimi Sarif berkata, dalam kejadian 5 pagi itu, pemandu kereta berada di lokasi sebelum didatangi tiga suspek utama yang membawa parang.

“Mangsa berusia 19 tahun cuba melarikan diri dan mengundurkan kenderaan, namun kereta dinaiki tersekat di bahu jalan.

“Lelaki itu bersama teman wanitanya kemudiannya melarikan diri dan meninggalkan kereta. Suspek kemudiannya membakar kereta terbabit,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");