Sukan Hari Ini

Fauzi harap magis berulang

PENGENDALI Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharapkan magis di Superbest Power Piala FA bulan lalu berulang apabila mereka akan menentang Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini,.

Sebelum ini, The Cops melakar kejutan apabila menewaskan Selangor 2-1 pada pusingan ketiga Piala FA untuk ke suku akhir musim ini.

Bagaimanapun, Fauzi tanpa berselindung mengingatkan anak buahnya cabaran mereka bukan satu tugas yang mudah, namun tetap yakin 90 minit perlawanan bakal menentukan segala-galanya.

“Kami telah berdepan Selangor dalam saingan Piala FA dan tuah menyebelahi kami, tapi saya yakin mereka akan cuba untuk raih tiga mata penuh untuk terus mengejar kelompok tiga terbaik liga dan kami juga tidak mahu ketinggalan.

“Jadi, saya mahu pemain yang akan turun bawa semangat mahu menang dan akan melakukan serangan habis-habisan untuk mendapatkan gol,” katanya.

Dalam pada itu, Fauzi juga memberitahu yang dia akan membuat beberapa perubahan pada pertemuan itu memandangkan kapten pasukan Faizal Muhammad dan Abdul Latiff Suhaimi digantung perlawanan, manakala Ali Ashfaq belum lagi pulih daripada kecederaan.

“Fokus ketika perlawanan adalah penting untuk menghadapi perlawanan ini, jika tidak insiden seperti perlawanan dengan Felda United akan berulang,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");