Isu Panas

‘PAS perlu faham maksud perpaduan Islam Dr Zakir’ – Tajuddin

kUALA LUMPUR: PAS perlu jelas bahawa ceramah pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik, mengenai perpaduan parti itu dengan UMNO adalah berkaitan perpaduan Islam.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, PAS sendiri jelas bahawa Dr Zakir tidak memahami landskap politik negara dan kenyataannya hanya berdasarkan pandangan umum semata-mata.

“Dr Zakir adalah seorang pendakwah. Dia melihat ceramahnya sebagai usaha menyatupadukan Islam secara keseluruhan. Kenapa PAS seolah-olah tidak dapat membezakan isu ini?

“Apa yang diperkatakan Dr Zakir tidak ada kena-mengena dengan politik negara. Dia sendiri tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam isu politik negara,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr Zakir dalam sesi temu bual sebuah stesen televisyen memberitahu kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam.

Ia sekali gus menimbulkan reaksi dalam kalangan kepimpinan Pas yang berbelah bagi dalam menyambut seruan Dr Zakir.

Sebahagian mereka berpegang kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS Januari lalu yang menyatakan parti itu tidak akan bersama UMNO.

Ia termasuk kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengesahkan tidak akan ada sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, Dr Zakir dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dr Zakir berada dalam ranking ke-82 dalam senarai The 100 Most Powerful Indians (100 Warga India Paling Berkuasa) oleh Indian Express pada 2009 and ke-89 pada 2010.

Pendakwah itu turut berada di ranking ke-70 teratas dalam senarai ‘500 Most Influential Muslims in the World’ (500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia) sejak tahun 2011 hingga kini.-astro awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");