Panasnya Hari Ini

Fokus Kepada Rakyat – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR: Semua pemimpin politik di negara ini dinasihatkan supaya tidak lagi membicarakan tentang isu derma RM2.6 bilion selepas penjelesan mengenai perkara itu dibuat oleh Menteri Luar Arab Saudi.

Memetik laporan Sinar Harian, Exco Pemuda UMNO, Dazma Shah Daud berkata, pihak pembangkang dan bekas pemimpin UMNO sendiri sudah lama menjadikan perkara berkenaan sebagai satu isu dan fitnah yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, beliau menyokong gesaan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan semua pihak untuk menghentikan polemik politik berkaitan isu derma tersebut.

“Kami minta semua pihak henti bercakap isu ini terutamanya pemimpin politik. Sekarang ini sudah tiba masanya untuk fokus khidmat kepada rakyat dan bantu majukan negara.

“Apa yang disuarakan oleh TPM amat bertepatan pada masanya kerana kita tidak boleh biarkan isu ini terus membantutkan slogan rakyat diutamakan,” katanya, lapor Sinar Harian

Tambah Dazma lagi, pihak yang telah mempersoalkan tentang isu RM2.6 bilion berkenaan perlu muhasabah diri dan berlapang dada untuk menerima hakikat.

Tegasnya, semua pihak termasuk pimpinan dan ahli di peringkat akar umbi diminta untuk kembali merapatkan jurang dalam parti serta menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha untuk memantapkan UMNO.

“Bagi mereka yang sebelum ini mempersoalkan isu RM2.6 bilion ini, marilah kita berjiwa besar untuk terima segala kebenaran yang sudah dibuktikan.

“Kembali fokus kepada perjuangan dan memperkukuhkan perpaduan parti demi kelangsungan survival Umno/BN sebagai parti pemerintah,” katanya.

Gambar:- Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");