Membawang Hari Ini

Lawak Ke Der 2016: Tampil lawak segar, pelawak baharu

PEMENTASAN Lawak Ke Der terbitan Tall Order Productions sudah sinonim di kalangan peminat genre komedi tempatan.

Sementelah program lawak secara ‘live’ itu menampilkan pelawak-pelawak tanah air popular dan terkenal.

Memasuki musim kelima, Lawak Ke Der sekali lagi membuka tirai pementasannya bermula 5 hingga 8 Mei ini.

Membariskan nama-nama seperti Nabil Ahmad, Harith Iskander, Bocey, Douglas Lim, Sherry Al Hadad serta Rayza Mukmin, tahun ini Jihan Muse dan Syuk Balas turut diberi ruang beraksi bersama.

Berkongsi mengenai musim terbaharu Lawak Ke Der, penerbitnya Datuk Hans Isaac berkata, setiap tahun program lawak itu mendapat respons baik daripada peminatnya.

“Saya harap tahun ini ia mendapat sambutan hebat seperti sebelum ini.

“Lagipun pementasan ini hanya dijalankan setahun sekali eksklusif bagi peminat komedi dan pelawak terlibat,” katanya pada sidang media Lawak Ke Der 2016 di Istana Budaya (IB) baru-baru ini.

Tambah Hans, meskipun pelbagai lawak dipersembahkan kepada penonton di luar sana, namun dia menjanjikan komedi terbaik dan berlainan daripada apa yang pernah dipertontonkan kepada mereka.

“Setiap pelawak diberikan syarat supaya tidak mementaskan lawak pernah dilakukan bagi menjaga eksklusif Lawak Ke Der itu sendiri.

“Ini kerana pementasan ini berbayar dan jika audiens pernah menontonnya, pasti mereka tidak berpuas hati,” katanya.

Kerana itu, Hans menginginkan pelawak terbabit memberikan lawak segar dan baharu kepada penonton yang hadi di IB nanti.

“Daripada musim pertama sehingga terbaharu ini, saya akan pastikan penonton menyaksikan lawak terkini dan berbeza,” katanya.

Selain itu, pelawak terbabit juga diingatkan supaya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak menerusi lawak mereka.

“Perkara tersebut akan dipantau sewaktu sesi latihan dijalankan dan juga pada persembahan pertama nanti. “Saya beri garis panduan apa yang boleh dan tidak boleh disentuh seperti isu politik, agama dan kecacatan orang lain. “Jika ia berlaku atau ade yang melanggarnya nanti, saya akan beri teguran,” katanya.

Bagi peminat Lawak Ke Der, tiket boleh didapati dengan harga RM48, RM88, RM118, RM168, dan RM188 di www.airasiaredtix.com atau di kaunter Box Office Istana Budaya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");