Sukan Hari Ini

Foxes perkemas taktikal

PENDAHULU liga, Leicester City terpaksa membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utamanya selepas tonggaknya Jamie Vardy yang tidak dapat bermain ketika menentang Swansea City malam ini.

Pengendali The Foxes, Claudio Ranieri (gambar) berkata, beberapa strategi baharu sedang dibentuk dan kemungkinan besar Leonardo Ulloa akan menggantikan Vardy.

“Kami kena lihat ke depan dengan liga sudah hampir ke penghujung, Ketiadaan Vardy sepatutnya tidak jadi penghalang kami terus berada di atas.

“Kami masih mempunyai ramai pemain yang bagus. Saya harap taktikal kami ini akan menjadi,” katanya.

Vardy akan terlepas aksi menentang Swansea malam ini setelah dilayangkan dua kad kuning dalam pertembungan dengan West Ham baru-baru ini dan kemungkinan juga bakal terlepas satu lagi aksi Liga Perdana Inggeris selepas bertelagah dengan pengadil, Jon Moss selepas dia dibuang padang.

Namun, Ranieri tidak mahu membantah keputusan yang bakal dibuat oleh Persatuan Bola Sepak England itu.

“Kami tahu peraturan penggantungan. Tiada masalah dan kami hanya memikirkan mengenai perlawanan seterusnya,” katanya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");