Jenayah

Lelaki Pakistan mati dibunuh

Kuala Lumpur: Lelaki warga Pakistan berusia 25 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di Jalan 54/38A, Taman Sri Bintang, Segambut, di sini, malam tadi.

Mangsa yang bekerja di negara ini sejak dua tahun lalu ditemui orang ramai pada 9 malam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, turut ditemui bersama mangsa motosikal jenis Modenas yang tersandar pada pokok.

“Terdapat kesan kelar pada leher dan pinggang kanan serta kesan tikam pada kedua-dua tangan dan belakang badan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");