PELAKON Jessica H.O atau lebih dikenali sebagai Jessi dituduh menjalinkan hubungan sejenis dengan kawan baiknya HyunA.
Ia berikutan gambar-gambar yang tersebar di Internet menunjukkan Jessi dan HyunA sungguh mesra.
Jessi turut kelihatan mengangkat tubuh HyunA dan seperti biasa kedua-dua selebriti itu mengayakan pakaian yang seksi.
Fotografi tersebut dilakukan untuk iklan peralatan sukan.
“Kalau lelaki ia tidak nampak pelik, namun kalau wanita nampak seperti lesbian,” ujar netizen.-mstar
Komen & Pendapat