Panasnya Hari Ini

Gerakan Jatuhkan MB Johor: Halimah Nafi Terlibat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menafikan dakwaan kononya beliau adalah antara timbalan menteri dari negeri ini yang terbabit dalam gerakan menjatuhkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau yang juga merangkap Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata dakwaan itu sengaja dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab untuk merosakkan nama baik Mohamed Khaled.

“Cerita wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor adalah tidak betul. Kami sebagai timbalan menteri dari Johor membawa mandat negeri ke peringkat pusat dan menjalankan tugas demi rakyat Johor.

“Malah, kami sebagai rakyat Johor taat kepada Raja dan kepemimpinan Johor yang diketuai Mohamed Khaled. Saya berpendapat dakwaan kononnya mahu menjatuhkan beliau (Mohamed Khaled) sengaja ditimbulkan bagi mengelirukan rakyat negeri ini,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan surat tawaran skim perumahan mampu milik swasta (MyHome) Bandar Dato’ Onn di Johor memetik sumber Berita haria.

Terdahulu, wujud khabar angin bahawa seorang ahli UMNO Sri Gading mendakwa wujudnya konspirasi untuk menyingkirkan Mohamed Khaled.

Tegas Halimah lagi, kepemimpinan Mohamed Khaled nyata membawa pelbagai pembaharuan dan kemajuan bukan saja kepada Johor, malah keseluruhan rakyat negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");