Panasnya Hari Ini

Setuju Tukar Tajuk Syarahan Dr Zakir Naik

KUALA LUMPUR: Penganjur program syarahan umum Dr Zakir Naik bersetuju untuk menukar tajuk bagi syarahan yang akan berlangsung di Melaka pada 17 April ini.

Memetik laporan Free Malaysia Today, jurucakap penganjur, Firdaus Wong Wai Hung berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira bantahan dan mendengar pendapat banyak pihak.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya akur dengan nasihat Ketua Polis Negara dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa untuk memilih tajuk yang bersesuaian bagi tidak menjejaskan ketegangan agama serta kaum di negara ini.

“Kami sebagai penganjur sentiasa yakin dengan keputusan dari PDRM dan sebagai rakyat Malaysia bersedia mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Kami bersedia menukar topik dengan berbincang dengan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran program serta ingin mengalakkan dan menjemput rakyat berbilang bangsa untuk turut hadir ke program Dr Zakir Naik di Malaysia,” katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, menerusi kenyataan terbaharu yang dikeluarkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan bahawa syarahan tersebut boleh diteruskan sekiranya topik perbincangan yang dibawa tidak menjejaskan keharmonian beragama di negara ini.

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");