Berita Hari Ini

GST dibuat secara terburu-buru

SEREMBAN – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mengakui pelaksanaan GST dibuat secara terburu-buru.

Ini kerana, katanya, sepatutnya yang dimulakan dahulu adalah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada pengilang atau pemborong.

“Bagi saya, pelaksanaan GST agak terburu-buru dan saya bertanggungjawab pada kenyataan ini. Andaian kerajaan bila GST, kita fikir pekedai dan pemborong turunkan harga barang dan pengguna untung.

“Tapi sebaliknya ia tak berlaku. Saya akui tiga perkara sering dibangkitkan rakyat ialah GST, kos sara hidup dan harga getah.

“Saya nak beritahu, kerajaan cuba sedaya upaya mengurangkan bebanan dihadapi rakyat, misalnya pemberian BR1M dan bantuan lain yang sebenarnya adalah rebat kepada GST,” katanya pada Sesi Dialog dan Penerangan Isu Semasa anjuran Umno Penerangan dan Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) di Taman Gadong Jaya, kelmarin.

Beliau selaku penceramah program itu mengakui rakyat ketika ini terpaksa berhadapan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Bagaimanapun, Adun Lanchang itu menasihatkan rakyat supaya bijak membuat pilihan dengan memilih kedai menawarkan harga berpatutan dan berbelanja ikut kemampuan.

Pada sesi dialog berkenaan, soalan mengenai GST dan langkah kerajaan

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");