Jenayah

Kes pukul: Pelajar tingkatan 4 direman

KOTA BHARU: Pelajar tingkatan 4 yang didakwa mencederakan pelajar tingkatan 3 sehingga retak tulang leher ditahan reman selama empat hari Mahkamah Majistret, sebentar tadi.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Amni Mat Jahari.

Reman bermula hari ini dan berakhir pada 14 April ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, pelajar berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan pukul pelajar tingkatan 3 dari sekolah yang sama Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Ahmad Taufek Abdullah berkata, pelajar berusia 16 tahun itu ditahan pukul 11.30 pagi hari ini di satu lokasi berdekatan Pengkalan Chepa tetapi bukan di sekolah.

Dalam kejadian itu, Aiman Hazim Zulkeflee, 15, retak tulang lehernya selepas didakwa bergaduh dengan pelajar itu.

Akibat kejadian itu, mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa guru ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");