Panasnya Hari Ini

Guan Eng Harap Shabudin Datang Berjumpanya Esok

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya sekali lagi dijemput oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berbincang secara bersemuka bagi menjelaskan cadangan pembinaan rumah kedai di tanah Kampung Tok Keramat, Seberang Perai Selatan.

Jemputan itu dibuat sendiri oleh Guan Eng untuk bertemu dengan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) itu di tingkat 52 KOMTAR , jam 11 pagi esok.

Guan Eng berkata, kenyataan Shabudin yang mendakwa bahawa tanah Kampung Tok Keramat itu dijual pada harga di bawah pasaran dengan syarat pemaju membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik adalah tidak benar.

“Ini berikutan pemaju telah mengemukakan permohonan cadangan pembinaan 27 lot rumah kedai di tanah itu kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 28 Mac lepas … pelan yang dibentangkan pada 28 Mac 2016 adalah untuk 27 buah rumah kedai sahaja … tidak ada rumah.

“Saya akan tunjuk (pelan) pada Shabudin esok. Saya harap dia boleh datang,”katanya, lapor mStar.

Terdahulu, Shabudin berkata PERDA telah menjual tanah itu pada harga RM1.42 juta dengan meletakkan syarat kepada pemaju untuk membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga antara RM42,000 dan RM72,000.

Guan Eng sebelum ini berkata, mengikut penilaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), nilai keseluruhan tanah seluas 3.4 hektar adalah RM16.6 juta.

Dalam masa yang sama, Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo turut membidas kenyataan Shabudin bahawa kerajaan negeri tidak ikhlas dalam membantu PERDA membangunkan perumahan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata pihaknya telah meminta PERDA menyemak semula harga siling unit perumahan dalam setiap projek yang dimohon berikutan semakan mendapati ada unit perumahan yang dicadangkan melebihi harga siling seperti ditetapkan dalam garis panduan Perumahan Mampu Milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu RM250,000 di bahagian Seberang Perai dan RM400,000 di bahagian pulau.

Jagdeep berkata daripada tujuh permohonan yang dibuat oleh PERDA, isu harga empat permohonan telah diselesaikan manakala dua ditangguh sementara menunggu laporan status tanah dan satu permohonan ditarik balik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");