Panasnya Hari Ini

Hanya Akan Berdebat Dengan Syed Saddiq Di Dewan Rakyat- Bung

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk berdebat dengan pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ujarnya, sebagai pendebat yang baik ia tidak bermakna seseorang itu juga akan baik dalam semua perkara.

“Jika dia benar-benar berminat, cari tempat bertanding dalam pilihan raya dan saya akan berdebat dengannya di Dewan Rakyat,” memetik sumber The Star Online.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau berasa hairan dan tertanya-tanya mengenai cabaran yang dicadangkan oleh mengapa Syed Saddiq kepadanya.

“Kenapa saya? Saya hanya mengulas mengenainya selepas dia secara berterusan menyerang kerajaan. Siapa Syed Saddiq? Dia fikir dia pintar. Pada pendapat saya, beliau adalah seorang remaja tanpa kredibiliti.

“Dia hanya menggerakkan belia untuk membenci kerajaan. Sebagai ikon ‘pendebat terbaik Asia’, dia harus berkelakuan baik dan berkarisma.

“Dia pemimpin yang baik, tetapi cara dia membawa dirinya tiada beza dengan remaja lain yang tiada arah dalam hidup,” katanya.

Beliau turut tampil mengecam pilihan topik yang diberikan Syed Saddiq untuk berdebat.

“Jika anda mahu tahu mengenai RM2.6 bilion (derma politik), Wall Street Journal pun bersetuju dan mengesahkan wang itu dari Arab Saudi.

“Kemudian mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), saya fikir Arul Kanda sedia untuk berdebat dengan Syed Saddiq pada bila-bila masa,” katanya.

Sebelum itu, Syed Saddiq telah bertindak mencabar Bung untuk tampil berdebat mengenai isu 1MDB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");