Panasnya Hari Ini

Himpunan Bantah GST Berjaya – Khalid Samad

KUALA LUMPUR: Himpunan Bantah GST yang dianjurkan semalam adalah satu himpunan yang berjaya dan bukannya gagal seperti yang dikatakan oleh beberapa pihak, tegas Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad.

Khalid juga mendakwa, himpunan tersebut boleh dianggap berjaya kerana berjaya mengumpulkan sekitar 10,000 peserta.

“Saya rasa program semalam membuktikan bahawa dakwaan kita tidak mampu kerahkan rakyat ke jalan raya adalah salah.Kita lihat kemuncaknya memang penuh di jalan raya dan kawasan di Dataran Merdeka.

“Saya tidak mengetahui anggarannya, tetapi bagi saya lebih daripada 10,000 peserta dari awal hingga akhir himpunan tersebut,”ujarnya, lapor Free Malaysia Today.

Sementara itu, bagi Presiden AMANAH, Mohamad Sabu juga turut berpuas hati dengan kehadiran peserta yang menyertai himpunan tersebut.

“Kehadiran mencapai sasaran dan kehadiran agak baik daripada semua kaum. Saya berpuas hati dengan kehadiran semalam.

“Kami agak memang sebanyak itu sahaja kerana kami tidak buat satu himpunan macam sebesar Bersih. Himpunan ini hanya gerakan dalam masa yang singkat,”ujarnya.

Himpunan Bantah GST diadakan di ibu negara semalam sempena genap setahun kerajaan mengenakan GST terhadap barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");