Panasnya Hari Ini

Hutang RM2b: 1MDB Jelaskan Lebih Awal

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah membayar semula kemudahan pinjaman daripada Marston Investments N.V. yang berjumlah RM2 bilion dengan pembayaran penuh yang mana ia dilakukan lebih awal daripada tarikh pembayaran balik.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, syarikat itu menjelaskan bahawa kemudahan tersebut telah dimulakan pada bulan Februari 2015 dan hasil kutipan telah digunakan untuk membayar balik hutang RM2 bilion kepada bank tempatan.

“Kemudahan ini telah diatur untuk 1MDB oleh syarikat jana kuasa bebas, Tanjong Energy Holdings, sebagai alternatif kepada komitmen Tanjong, untuk melabur RM2 bilion ekuiti dalam anak syarikat 1MDB, Powertek Investment Holdings Sdn. Bhd.

“Pembayaran balik ini menandakan satu lagi peristiwa penting dalam pelan rasionalisasi 1MDB dan mengurangkan lagi obligasi hutang jangka pendek 1MDB,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");