Sukan Hari Ini

Ibarat rumah kedua: Joshna

Kuala Lumpur: Malaysia bagaikan rumah kedua buat pemain skuasy India Joshna Chinappa apabila dia mula berkunjung ke sini seawal usia 12 tahun.

Pernah beraksi pada Kejohanan Skuasy Remaja MILO, Malaysia cukup sinonim dan bukan negara yang asing baginya.

Malah dia cukup senang berkunjung ke negara ini setiap kali menyertai kejohanan terutamanya di Kuala Lumpur.

“Sudah hampir 20 kali saya datang ke Malaysia. Ia bagai rumah kedua buat saya. Saya sukakan suasana di sini dan juga makanannya.

“Jambu batu yang diletakkan asam serta roti tisu menjadi pilihan saya sekiranya berpeluang di luar hotel penginapan,” katanya.

Berperwatakan menarik serta ramah melayani peminat, Joshna akan berdepan pemain nombor satu dunia Laura Massaro pada pusingan kedua Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Gemar menghabiskan masa terluang dengan meluncur air, Joshna yang kini menghuni ranking ke-14 dunia berkata, dia memilih skuasy kerana minatnya bersukan sejak kecil.

Kini skuasy sudah sebati dengan dirinya dan dia akan terus berusaha untuk mengejar kedudukan terbaik dalam senarai pemain wanita dunia.

Joshna melakar sejarah tersendiri dalam skuasy India apabila muncul pemain pertama dari negara itu menjuarai Kejohanan Skuasy Remaja Terbuka British bawah 19 tahun pada 2005.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");