Panasnya Hari Ini

Isu 1MDB: Jho Low Diburu

KUALA LUMPUR: Individu-individu yang terlibat dan bertanggungjawab dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan mula diburu oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, Low Taek Jho antara individu pertama akan disenarai berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang akan diburu oleh satu gerakan menerusi kempen #1MDBWanted.

“Esok Isnin 18 April, saya akan mulakan kempen #1MDBWanted dengan laporan terhadap Jho Low. Setiap minggu ita tumpu kepada individu berbeza berdasarkan penemuan di dalam Laporan PAC mengenai 1MDB.

“Laporan polis terhadap Jho Low akan dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi,” katanya menerusi kenyatan hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR, turut menyeru agar pimpinan Pakatan Harapan dan aktivis pro pembangkang untuk sama-sama membuat laporan polis terhadap individu yang terlibat.

Hal ini demikian kerana, jelasnya, hanya dengan cara itu sahaja dapat mengheret mereka untuk memberi penjelasan berhubung penglibatan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1MDB.

“Saya minta jasa baik mereka yang membuat laporan #1MDBWanted menghantar maklumat laporan (seperti nombor laporan dan lain-lain) kepada saya di pautan yang saya akan umumkan esok.

“Hanya tekanan rakyat yang akan menggoncang mereka yang terlibat di dalam 1MDB untuk tampil memberi kenyataan mengenai penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam skandal ini,” katanya.

Terdahulu, Rafizi telah mengugut akan mengeluarkan ‘Senarai Rakyat Dikehendaki’ yang mengandungi nama-nama individu yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Menurutnya, sekiranya mereka yang melindungi individu bertanggungjawab terhadap hutang 1MDB tidak tampil dan mendedahkan maklumat yang boleh membuktikan salah laku “orang-orang atasan”, senarai itu akan disiarkan.

Beliau kemudiannya menamakan jutawan, Low Taek Jho; Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy; bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Casey Tang sebagai orang yang diburunya.

Gambar: Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");