Sukan Hari Ini

Piala FA: Kedah kejutkan JDT

KEDAH melakukan kejutan apabila mengalahkan juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

Penyerang berbisa, Sandro da Silva dari Brazil, menghadiakan gol kemenangan Kedah pada minit ke-44 untuk membantu skuad ‘Lang Merah’ itu membawa bekalan tipis pada aksi kedua di gelanggang lawan, 30 April ini.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe terlebih dahulu mencipta gerun buat JDT selepas Mohd Farhan Roslan menyempurnakan hantaran Bang Seunghwan untuk mengalahkan penjaga gol, Farizal Marlias pada minit ke-14.

Bagaimanapun, barisan serangan JDT diperkuatkan dengan tenaga pemain import, berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Juan Martin Lucero selepas menerima hantaran pendek dari Jorge Pererya Diaz pada minit ke-27.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan menampilkan rentak agresif dengan sering melakukan serangan bertali arus namun gagal mengubah keputusan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");