Panasnya Hari Ini

Isu Bola Sepak: TMJ Tidak Sabar Untuk Berbebat Dengan KJ

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan bahawa tidak sabar untuk berbahas dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkisar mengenai isu bola sepak negara di hadapan penyokong negara.

Ujar pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), bola sepak adalah milik rakyat dan mereka berhak mengetahui situasi-situasi dihadapi sekarang.

“Saya amat menghargai, sekiranya mereka boleh membenarkan ramai penyokong bola sepak untuk turut hadir, supaya penyokong boleh bertanyakan secara terbuka mengenai apa-apa soalan yang mereka mahu tanyakan,” katanya menerusi Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Pada Selasa lalu, Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi JDT telah bertindak mencabar Khairy, wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B Sathianathan, bagi mencari punca dan penyelesaian kepada kemerosotan prestasi skuad kebangsaan.

Cabaran yang dilontarkan Tunku Ismail itu juga telah disahut Khairy semalam yang sedia berdebat berhubung kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaysia.

Khairy  bagaimanapun masih belum mendedahkan tarikh dan lokasi debat itu,  menegaskan bahawa beliau sanggup berdebat dengan TMJ, sekiranya ia dapat meningkatkan semula prestasi skuad kebangsaan yang mendapat kritikan hebat peminat bola sepak.

foto:- freemalaysiatoday

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");