Sukan Hari Ini

Isu disiplin: FAS rehatkan Mauro Olivi

PENYERANG import Selangor, Mauro Olivi direhatkan selepas pemain itu mengaku mencetuskan pergaduhan di bilik persalinan.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil keputusan itu setelah menjalankan siasatan berhubung insiden pergaduhan melibatkan Olivi dan Hafiz Kamal.

FAS turut menolak dakwaan bahawa pergaduhan melibatkan seluruh pasukan Selangor sebaliknya menegaskan pemain lain yang berada di bilik persalinan ketika itu bertindak cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.

“Setelah mendapatkan penjelasan kedua-dua belah pihak, pengurusan pasukan mengenal pasti masalah ini sebagai salah faham dan halangan komunikasi.

“Mauro Olivi mengaku bertanggungjawab memulakan pergaduhan dan kedua-dua pihak telah pun berdamai.

“Namun, mengambil kira keharmonian pasukan Selangor secara keseluruhannya maka pengurusan ambil keputusan merehatkan Olivi daripada sesi latihan dan perlawanan bagi beberapa minggu akan datang,” menurut Pengurus Selangor, Amirudin Shari semalam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");