Panasnya Hari Ini

Debat Tidak Ganggu Siasatan SPRM – Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa debat berhubung isu Taman Manggis tidak akan menjejaskan siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau turut menyifatkan bahawa debat tersebut penting untuk mencari kebenaran berkenaan isu tersebut.

Malah, tambahnya lagi, ia mungkin dapat membantu dalam menyelesaikan isu berkenaan dan berharap agar Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dapat mempertimbangkan perkara tersebut.

“Saya dimaklumkan JKMR minta debat dibatalkan. Debat ini penting untuk mencari kebenaran isu Taman Manggis dan banglo. Harap JKMR pertimbangkan.

“Saya rasa debat ini tidak akan mengganggu penyiasatan SPRM. Malah mungkin dapat membantu. Harap JKMR pertimbangkan,” katanya menerusi laman Twitter miliknya, semalam.

Terdahulu, JKMR menyarankan agar debat berhubung isu tanah di Taman Manggis antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dibatalkan.

Pengerusi JKMR, Tan Sri Abu Zahar Ujang dilaporkan berkata, pihaknya bimbang sekiranya debat itu diteruskan, ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");