Panasnya Hari Ini

Isu Taman Manggis: Saham Pemilik Tanah Masih Sama

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa tidak mengetahui perihal dokumen perjanjian jual beli (S&P) yang mendedahkan saham syarikat pemilik tanah Taman Manggis dijual kepada pihak ketiga.

Beliau juga mendakwa, tidak mengetahui dari mana Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan memperoleh dokumen berkenaan.

Memetik sumber Berita harian, beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada syarikat Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) untuk menjual tanah Taman Manggis.

“Beliau (Abdul Rahman) menyebut pemegang saham sudah ditukar, namun saya memeriksa maklumat itu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini dan mendapati nama pemegang saham masih sama.

“Saya tidak tahu langsung tentang perjanjian (dokumen S&P) itu kerana kerajaan negeri tidak dimaklumkan langsung, jadi jangan salahkan kami untuk sesuatu yang tidak dalam pengetahuan dan tidak diluluskan kerajaan negeri.

“Saya tidak mahu cakap sama ada dokumen itu betul atau tidak betul, kena tanya Abdul Rahman,” katanya.

Disoal sama ada KLIDC menjual sahamnya tanpa kelulusan kerajaan negeri, beliau turut menjelaskan bahawa tidak mengetahui berkenaannya.

“Saya tak tahu, tapi untuk meneruskan projek ini perlukan kelulusan kerajaan negeri,” katanya lagi.

Terdahulu Abdul Rahman mendedahkan KLIDC tidak meneruskan projek hospital dan hotel di Taman Manggis, sebaliknya menjual saham syarikat itu kepada pihak ketiga tahun lalu pada harga RM70.6 juta, sekali gus mengaut keuntungan RM59 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");