Panasnya Hari Ini

Mahfuz Persoal Tindakan Polis Tahan Rafizi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini mempersoalkan tindakan polis yang menahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebaik sahaja keluar dari kawasan Parlimen, semalam.

Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau menegaskan bahawa polis seharusnya menghormati Parlimen dengan menunggu sidang Dewan Rakyat selesai sebelum menahan Setiausaha Agung PKR itu.

Hal ini demikian kerana, katanya, kesalahan di bawah OSA bukan satu ‘jenayah berat’ dan beliau turut menyifatkan bahawa tindakan polis itu membuktikan mereka tidak menghormati Parlimen.

Jelasnya, tindakan menahan Rafizi dilihat hanya sekadar untuk menakut-nakutkan dan menunjukkan bahawa beliau bersalah.

Justeru, Mahfuz menggesa polis untuk membebaskan Rafizi selewat-lewatnya sebelum jam 10 pagi Jumaat ini, supaya Rafizi boleh melaksanakan tanggungjawabnya untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan memaklumkan, Rafizi ditahan di bawah Seksyen 8 OSA, kerana menyampaikan rahsia rasmi secara salah.

Rafizi sebelum ini menyatakan bahawa beliau sanggup ke penjara untuk mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah OSA, yang didakwanya mengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT).

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");