Perak Hari Ini

Isu Teluk Muroh : Projek Tersebut Untuk Bantu Nelayan – Zambry

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan projek pembangunan di Teluk Muroh, Manjung adalah proses pemodenan sekaligus membantu golongan nelayan di kawasan tersebut.

Berikutan itu, beliau melahirkan rasa kecewa beliau apabila terdapat segelintir pihak yang mengambil pendekatan dengan membangkitkan seolah-olah projek tersebut seolah-olah satu projek mega yang akan mengusir penduduk di perkampungan tersebut.

“Saya agak kecewa apabila ada segelintir pihak yang membawa isu tersebut bukanlah penduduk asal di situ. Mereka mengambil pendekatan dengan membangkitkan seolah-olah projek di Teluk Muroh adalah satu projek mega yang akan melibatkan nelayan-nelayan dinyahkan daripada perkampungan dan kawasan mereka.

“Kumpulan kecil ini sanggup membuat demonstrasi sehingga di depan pejabat kita (Bangunan Darul Ridzuan, Ipoh). Sedangkan apa yang kita rancang adalah untuk masyarakat disitu sendiri,”katanya.

2

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015 Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Perak, hari ini.

Kata Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, kerajaan negeri sentiasa mencari pendekatan bagaimana untuk memodenkan kehidupan dan memastikan masalah nelayan di Teluk Muroh dapat diselesaikan.

“Untuk melakukan itu, kerajaan negeri mempunyai dua pendekatan iaitu yang pertama, kita mengambil alih tanah-tanah itu, dan kedua adalah dengan kita membuat penambakan tanah bagi membolehkan kerajaan negeri membina rumah-rumah bagi penduduk di kawasan berkenaan.

“Pendekatan pertama telah diperhalusi oleh kerajaan negeri tetapi ia melibatkan satu kos yang cukup tinggi, lebih dari RM38 juta. Kerajaan negeri, tentunya dengan kos pengambilalihan dengan berpuluh-puluh juta, tidak mungkin kita mampu untuk melakukannya.

4

“Kerana untuk mengambil tanah sudah satu perkara, tidak termasuk dengan pembinaan infrastruktur-infrastruktur yang lain lagi,”ujarnya.

Katanya lagi, menerusi pendekatan kedua, beliau telah mengarahkan agar kajian dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan projek berkenaan tidak memberi kesan kepada alam sekitar.

“Keputusan kajian dah siap dan semuanya ‘okay’. Kita tidak akan teruskan sesuatu projek kalau dapat bantahan dari Jabatan Alam Sekitar atau yang berkaitan.

“Projek ini adalah dibawah tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Tentunya JPS sebagai jabatan yang bertanggungjawab untuk menyediakan laporan-laporan yang terperinci,”jelasnya.

3

Jelas Zambry lagi, golongan nelayan yang sudah lama tinggal dikawasan tersebut tetap menginginkan projek tersebut diteruskan sebaliknya, mereka yang bukan berasal dari kawasan tersebut tidak mahu projek itu diteruskan.

Antara pembangunan yang dirancang di Teluk Muroh adalah termasuk rumah untuk nelayan, pembinaan jeti, tempat pendaratan ikan termasuklah kemudahan-kemudahan lain seperti mendalamkan laluan untuk bot-bot nelayan masuk ke jeti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");