Panasnya Hari Ini

‘Lebih Banyak Annuar Cakap, Lebih Cepat UMNO Tumbang’

KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan UMNO akan lebih cepat tumbang sekiranya Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa lebih banyak bercakap.

Ini kerana, kata Khairuddin, Annuar sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sukar diterima oleh akal fikiran yang waras.

“Kenyataan Annuar Musa ini sukar diterima oleh akal fikiran yang waras! Annuar Musa ini dah hilang kewarasan kot.

“Situasi ekonomi pada hari ini dengan nilai ringgit jatuh begitu teruk, hutang negara mencecah hampir RM800 bilion, kerajaan pun tiada duit lagi sehinggakan semua peruntukan dipotong, rasuah berleluasa, kos sara hidup meningkat dan berbagai lagi, Annuar kata pentadbiran (Datuk Seri) Najib Tun Razak lebih baik dari zaman kepimpinan emas Tun Dr Mahathir Mohamad?” katanya menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Kata Khairuddin lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO yang sering mengeluarkan kenyataan ‘bangang’ mungkin kerana terlalu makan ‘dedak’.

“Saya rasa memang benar seperti ramai orang kata, kerana dedak haram dimakan terlalu banyak oleh pemimpin-pemimpin UMNO, sebab itulah mereka setiap hari jadi semakin bangang,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");