Sukan Hari Ini

Jamin Stadium Shah Alam pulih akhir bulan

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi jaminan padang Stadium Shah Alam akan siap dibaik pulih menjelang akhir bulan ini.

Menurutnya, Piala Sultan Selangor 2016 pada 7 Mei ini akan menjadi perlawanan pertama yang akan menggunakan stadium berkenaan.

Kata Mohamed Azmin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), sebanyak RM12 juta telah diperuntukkan bagi membaik pulih keseluruhan Stadium Shah Alam.

“Selain padang, infrastruktur lain turut diberi keutamaan antaranya menambah baik bumbung, tempat duduk dan telah menaik taraf lampu limpah daripada 1,000 lux kepada 1,200 lux.

“Kesemua penambahbaikan ini dijamin siap akhir April ini dan boleh digunakan untuk semua perlawanan bola sepak tempatan dan antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut ke Stadium Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, FAM juga sudah hadir melihat dan berpuas hati dengan keadaan padang.

Sebelum ini, padang Stadium Shah Alam menjadi isu besar apabila kerja menaik taraf padang gagal disiapkan dalam masa ditetapkan menyebabkan perlawanan Liga Super antara Selangor dan Kedah tidak dapat diadakan di stadium tersebut seperti dijadualkan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");