Panasnya Hari Ini

Jangan Hilangkan Rasa Hormat Rakyat, Kata Zahid Kepada Tun M

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak mengambil tindakan atau mengeluarkan kenyataan yang membolehkan rakyat hilang rasa hormat kepada bekas Perdana Menteri itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Tun Mahathir yang berkata kepada akhbar Australia bahawa Malaysia kini boleh diselamatkan dengan campur tangan asing.

Tegas Ahmad Zahid, kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir itu disifatkan sebagai bercanggah dengan prinsip yang ditegakkan oleh bekas Presiden UMNO itu sebelum ini.

“Jangan lakukan sesuatu yang akhirnya nanti orang yang hormati kita sebelum ini kerana prinsip yang baik, akan hilang hormat.

“Dalam hal ini, eloklah jaga acuan politik mengikut tata etika negara kita…hanya gunakan acuan yang sesuai,”katanya, lapor Bernama.

Jelas Menteri Dalam Negeri itu lagi, sewaktu Tun Mahathir memegang tampuk pemerintahan negara sebelum ini, Tun Mahathir pernah mengingatkan pemimpin kerajaan dan UMNO supaya sentiasa patuh kepada pemimpin yang baik.

“Maka, janganlah ubah pendirian kami dengan mengajak kami melakukan yang sebaliknya.

“Dulu dia (Tun Mahathir) marah kerana menggunakan hubungan antarabangsa sehingga ada orang yang dituduh menjadi tali barut asing,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");