Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak : Pakatan Harapan Diminta Hormati Kerusi Yang Ditandingi PAS

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan diminta agar menghormati PAS dengan tidak meletakkan calon di 11 kerusi yang ditandingi oleh parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili berkata, dalam keadaan tegang seperti ini, PKR perlu memainkan peranan untuk berbincang dengan rakan sekutu di dalam PH, terutamanya Parti Amanah Negara (AMANAH) agar memberi laluan kepada PAS di kerusi yang ditandingi.

Jelasnya, ini bagi mengelakkan perpecahan undi yang akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

“Dengan AMANAH ini, untuk makluman, kita tak mengambil tahu sangat dalam kita melaksanakan strategi kita.

“Cuma kita nak sebut kepada parti serpihan ini, sekiranya mereka masuk ke kerusi PAS, ianya akan memecahkan undi parti pembangkang dan akan menguntungkan BN,”ujarnya, lapor Antarapos.

Namun begitu, kata Mukhtar, PAS tidak menghalang keinginan AMANAH untuk bertanding kerana ianya adalah amalan demokrasi, asalkan tidak berlaku pertindihan dengan kerusi yang ditandingi parti Islam itu.

Katanya lagi, PAS mempunyai kelebihan apabila pendekatan parti itu yang terbuka kepada semua golongan masyarakat dan tidak hanya terhad kepada masyarakat Islam sahaja.

“Walaupun PAS ini parti Islam, tetapi kita adalah parti untuk semua. Sebab itu mesej kita ‘Islam Untuk Semua’ dan tawaran yang kita lancarkan bulan lalu adalah ‘Sejahtera Untukmu Sarawak’.

“Antara yang jelas kita sebut adalah bagaimana kita ingin mempertahankan hak-hak rakyat Sarawak, kemakmuran rakyat Sarawak, sama ada dari segi kebajikan, ekonomi dan sebagainya.

“Sebab itu dari 11 calon kita, salah seorangnya adalah berbangsa Iban dan beragama Kristian,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");