Berita Hari Ini

Jual nama Pengarah Jaipk untuk kutip derma

IPOH – Tindakan terdesak pihak tertentu menggunakan nama Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) untuk mengutip derma dikesan sejak semalam.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, beliau menerima aduan daripada seorang pengadu yang menerima surat permohonan mengutip derma khairat daripada individu tidak dikenali.

Menurutnya, pengadu terbabit kemudian segera memaklumkan kepadanya dengan menghantar gambar surat berkenaan dan mendapati surat dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab itu adalah palsu.

“Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang surat membenarkan mana-mana pihak untuk mengutip derma bagi tujuan berkenaan.

“Surat tersebut mengandungi nombor rujukan serta tandatangan palsu yang saya sendiri tidak pernah melihatnya sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, pengadu terbabit membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Katanya, sebarang kutipan derma melibatkan mana-mana pihak sama ada dari dalam dan luar negara perlu mendapat kebenaran dari Majlis Agama Islam Perak (Maipk) dan bukannya dari Jaipk.

“Kelulusan itu perlu bagi mengelakkan pihak tertentu daripada ditipu dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab mengutip derma secara tidak sah.

“Sehubungan itu, kami ingin menasihatkan orang ramai berhati-hati sama ada pihak terbabit mempunyai kebenaran yang sah atau tidak sebelum memberi derma.

“Mereka yang menerima surat sama diminta untuk membuat laporan polis dengan segera supaya tidak tertipu dengan tindakan individu berkenaan,” katanya.

Surat palsu bertarikh 25 Mac 2016 bertajuk kelulusan permohonan mengutip derma khairat untuk tujuan urusan dalam membantu kanak-kanak cacat penglihatan dalam menguasai tulisan braile al-Quran dianjurkan Universiti Pendidikan Sultan Idris – Seksyen 95, Enakmen

Pentadbiran Agama Islam Perak (PERAK) 2004 itu dipercayai diedarkan ke masjid menggunakan kepala surat Jaipk.

Dalam surat itu juga tertera tempoh kebenaran iaitu dari 1 dan 8 April turut dipercayai untuk tujuan kutipan derma pada Jumaat memandangkan kedua tarikh itu merupakan hari yang sama.

Beberapa kesilapan ejaan turut dikesan pada surat tersebut selain kesilapan nama penuh Pengarah Jaipk.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");