Panasnya Hari Ini

Timbalan Menteri Ketuai Gerakan Jatuhkan MB Johor – Dakwa Ahli UMNO

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Seorang timbalan menteri didakwa mengetuai oleh satu kumpulan yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai cuba untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ahli UMNO, Syukur Mohamad berkata, timbalan menteri tersebut akan dilantik menjadi Menteri Besar Johor sekiranya gerakan menjatuhkan Khaled itu berjaya.

Kata Syukur lagi, memetik laporan Free Malaysia Today, misi menjatuhkan Khaled itu dikatakan bertujuan untuk mengawal UMNO Johor supaya tidak menentang Najib.

“Ada satu gerakan yang dibuat oleh seorang timbalan menteri untuk mencantas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Gerakan ini kononnya hendak meletak timbalan menteri ini menjadi MB Johor bagi pihak Najib menjaga dan mengekang ahli UMNO Johor,”ujarnya.

Syukur, ketika dihubungi oleh portal berita tersebut berkata, gerakan itu dibuat kerana Khaled dikatakan gagal mengawal pemimpin UMNO cawangan daripada menentang Najib sebagai presiden parti.

Jelasnya, gerakan menentang Najib bermula di Johor apabila Gerakan Ketua Cabang Malaysia (GKCM) ditubuhkan.

“Kalau saya tiada bukti, tak mungkin saya membuat pendedahan seperti ini. Saya juga sedia diheret ke mahkamah jika ada pihak tidak berpuas hati,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Syukur juga berkata belum tiba masanya untuk beliau mendedahkan siapa timbalan menteri yang dimaksudkan kerana masih banyak lagi maklumat berangkai yang akan disebarkan selepas ini secara berperingkat.

Sementara itu, Syukur juga turut mendakwa bahawa tawaran sebanyak RM1 juta disediakan kepada individu yang berjaya mempengaruhi 20 cawangan UMNO di Bahagian Pagoh untuk menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibuat oleh timbalan menteri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");