Sukan Hari Ini

Juwaidi gagal atasi kehebatan Brosnan

Kuala Lumpur: Pemanah compound negara Juwaidi Mazuki (gambar) hanya mampu mara ke pusingan keempat acara compound individu lelaki Siri Piala Dunia di Shanghai, semalam.

Pada pertandingan pusingan keempat itu, beliau tewas 145-147 kepada pemanah Australia Michael Brosnan.

Juwaidi yang mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama, berjaya mengalahkan Omid Taheri dari Iran dengan 145-144 di pusingan kedua dan seterusnya mengalahkan Reo Wilde dari Amerika Syarikat 149-145.

Seorang lagi atlet negara, Zulfadhli Ruslan tewas kepada pemanah Belanda, Thomas Van Eil dengan 143-146 pada pusingan pertama.

Dalam acara recurve individu lelaki, Haziq Kamaruddin terkandas pada pusingan ketiga menerusi penentuan shoot-off selepas terikat 5-5 dengan Pierre Plihon dari Perancis apabila Plihon mendapat sembilan mata berbanding Haziq yang mendapat lapan mata. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");