Panasnya Hari Ini

Fahaman Wahabi Bukan Ajaran Sesat – Dr. Asyraf

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa fahaman wahabi tidak termasuk dalam kategori ajaran sesat.

Ujarnya,beberapa kali dijalankan bagi menjelaskan persoalan itu kepada Ahli Dewan Negara di Parlimen sebelum ini, bahawa kumpulan yang berfahaman wahabi juga sebahagian daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Saya diajukan lagi soalan mengenai status fahaman wahabi kononnya sebagai ajaran sesat sehingga menjadi polemik dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Tambahnya lagi, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan perkara ini beberapa kali iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998).

Ia turut dibincangkan dalam Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 (2002) dan kali ke-23 (2003) dengan memutuskan kumpulan wahabi adalah sebahagian daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Bagaimanapun, pendekatan yang penuh bijaksana perlu diatasi dan ditangani adalah kontroversi yang bersangkut dengan masalah khilafiyyah atau perkara yang masih diperbahaskan ulamak sejak dulu yang cuba dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

“Dalam hubungan ini, kerajaan amat prihatin dan sentiasa mengambil berat isu furu’iyah, masalah cabang yang sering dikaitkan dengan pendokong fahaman pegangan seperti ini supaya ia tidak menjejaskan perpaduan masyarakat Islam di negara ini.

“Yang penting, janganlah kita terlalu taksub dan fanatik dengan satu-satu pandangan serta pendapat sehingga menjerumus kita membidaahkan, menyesatkan hatta mengkafirkan sesama Islam hanya kerana berbeza pandangan dalam masalah cabang dalam agama,” memetik sumber laporan MalaysiaGazette.

Tambah Dr. Asyraf Wajdi, kini adalah masanya buat umat Islam melakukan anjakan paradigma dan pendewasaan budaya fikir dengan sentiasa berpegang kepada nilai tasaamuh dan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");