Berita Hari Ini

Kehadiran Dr Zakir perlu dirai, bukan timbul provokasi

KUALA TERENGGANU: Kehadiran Dr Zakir Naik ke negara ini sebagai tetamu seharusnya dirai dan dihormati, bukannya dengan menimbulkan suasana tidak senang dengan provokasi pihak tertentu.

Imam Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abd Aziz berkata, tindakan sesetengah pihak yang menghalang kemasukan pendakwah antarabangsa itu untuk berceramah seharusnya tidak berlaku, kerana ia hanya dalam konteks dakwah Islam.

“Pertamanya, mereka perlu sedar bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan agama Islam adalah agama rasmi negara. Selain itu, ceramah yang disampaikan oleh Dr Zakir bukanlah mengkritik atau menghina agama lain, tiada pun.

“Mereka seharusnya terima kerana ia hanyalah ceramah akademik dan semuanya berfakta. Beliau berceramah berasaskan sumber al-Quran dan sebagainya yang menjadi hujahnya, beliau tidak menyebut selain daripada itu.

“Jadi adalah tidak elok untuk kita melayan beliau sebegitu, kita harus menghormatinya sebagai tetamu negara. Apatah lagi beliau pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan kita sendiri, perlulah kita menghormati pengiktirafan daripada kerajaan kita terhadapnya,” katanya, semalam.

Pada masa yang sama, Aizi Saidi berkata, umat Islam di negara ini sendiri, seharusnya menghormati agama Islam dan tidak berbalah tentang isu ini.

Tambahnya, umat Islam khususnya, harus mengambil peluang ini untuk mendengar sendiri penerangan dan mengambil iktibar serta pengajaran melalui ceramah akademik oleh pendakwah antarabangsa itu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");