Perak Hari Ini

Kehadiran Pelancong Ke Malaysia Bagi Suku Tahun Pertama 2016, Positif

IPOH: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz menjangkakan kehadiran pelancong ke negara ini bagi suku pertama tahun ini adalah positif.

Ujarnya, ini adalah berdasarkan tiga bulan pertama pada tahun ini menunjukkan kehadiran pelancong yang positif.

“Walaupun cuaca panas, mereka kebanyakannya lari daripada cuaca sejuk dan ia bukannya menjadi masalah,” katanya pada satu sidang media sejurus selepas merasmikan pejabat Destination Perak Sdn.Bhd di Ipoh, hari ini.

PERAK TODAY 2

Tambahnya lagi isu ancaman pengganas tidak menjadi halangan kepada kedatangan pelancong ke Malaysia.

“Jika dilihat daripada segi ancaman pengganas tiada satu negara yang terselamat dan dakwaan hanya Malaysia yang menjadi sasaran tidak betul,”ujarnya.

Sementara itu beliau turut mengulas mengenai promosi pelancong negeri Perak amnya yang amat memerlukan kerjasama diantara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menjelang Tahun Melawat Perak tahun hadapan.

“Tindakan hebahan Tahun Melawat Perak 2017 adalah baik dalam usaha untuk memupuk kesedaran dan menggalakkan pelancong ke negeri ini,” katanya lagi.

Beliau turut menyifatkan tahun 2016 sebagai masa untuk memulihkan industri pelancongan dan berharap akan menjadi tahun yang baik.

Pendapatan pelancongan pada 2015 mencatatkan sebanyak RM69.1 bilion dengan kedatangan pelancong berjumlah 25.7 juta dan Tourism Malaysia menganggarkan pada tahun 2016 kedatangan pelancong adalah sekitar 30.5 juta dan pendapatannya sekitar RM103 bilion.

Terdahulu beliau merasmikan pejabat Destination Perak Sdn.Bhd di Meru raya di sini  yang berperanan sebagai organisasi pengurusan dan pemasaran destinasi di Perak.

Turut hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");