Panasnya Hari Ini

Kejayaan Khairul Idham Pawi Membanggakan – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan bahawa kejayaan Khairul Idham Pawi di Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina sebagai sesuatu yang membanggakan.

“Tahniah Khairul Idham Pawi mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama menang Kejohanan #ArgentinaGP kategori Moto3. Kejayaan yg membanggakan!,” katanya, menerusi laman Twitternya hari ini.

Khairul Idham Pawi, 17 dari pasukan Honda Team Asia itu mencatat sejarah apabila memenangi kejohanan tersebut dengan catatan masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di litar Termas de Rio Hondo, Santiago del Estero, Argentina.

Sementara itu, Najib turut kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh seorang lagi penunggang Malaysia, Adam Norrodin dari pasukan Drive M7 SIC Racing Team.

Adam Norrodin telah menduduki tangga ke-11 meskipun terbabit dalam kemalangan di selekoh akhir pusingan.

“Kagum dengan semangat Adam Norrodin. Walaupun jatuh ketika bersaing untuk tempat ke-2, tetap bangkit dan tamatkan perlumbaan di tempat ke-11 #ArgentinaGP,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");