Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Belum Bercadang Untuk Catuan Air

IPOH: Kerajaan negeri Perak masih belum bercadang untuk melaksanakan catuan air di beberapa yang kawasan terjejas di negeri ini.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, pihaknya mengambil maklum akan nasihat yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini.

Terdahulu, SPAN mencadangkan agar melaksanakan pelan catuan bekalan air di kawasan terjejas bagi menggelakkan keadaan bertambah serius.

Ujar Zainol Fadzi, menerusi satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Air Perak (LAP), Jabatan Meteorologi dan Jabatan Pertanian telah membentangkan laporan masing-masing.

“Sehubungan itu, mesyuarat telah membuat keputusan bahawa tiada catuan air yang akan dibuat pada masa kini.

“Ini juga adalah berdasarkan peningkatan paras air di Empangan Bukit Merah dalam minggu ini berbanding dengan paras air pada 25 April 2016 iaitu 19.9 kaki, hari ini telah meningkat 20.4 kaki.

“Ia adalah kesan daripada hujan yang telah mula turun di kawasan tadahan,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tegasnya lagi, catuan air berkemungkinan akan dibuat sekiranya paras air di empangan turun ke tahap 17 kaki hasil daripada perbincangan antara LAP dan JPS.

“Walaubagaimanapun, bekalan kepada sistem pengairan pertanian terpaksa diberhentikan sehingga paras air kembali ke paras normal (melebihi 23 kaki).

“Buat masa ini, keutamaan hanya diberikan untuk bekalan air kepada Loji Rawatan Air Gunung Semanggol bagi membekalkan air untuk kegunaan domestik dan industri,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");