Perak Hari Ini

El Nino: Pastikan Kualiti, Kebersihan Makanan Terjaga

IPOH: Para peniaga dan penjaja dinasihati agar memastikan penyediaan makanan yang akan dijual terutamanya di bulan Ramadan tidak lama lagi perlulah bersih dan berkualiti walaupun kini negara sedang menghadapi cuaca panas dan kemarau.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, peniaga yang berniaga di bazar Ramadan mestilah menggunakan sumber air yang bersih dalam penyediaan makanan.

“Harapan kita kepada mereka yang khususnya berniaga di bazar Ramadhan perlulah menjaga kualiti barangan yang dijual .

“Tambahan pula dengan fenomena El Nino dan masalah kemarau ketika ini, kualiti makanan yang disediakan oleh peniaga mestilah bersih bagi mengelakkan keracunan makanan,”ujarnya.

PERAKTODAY

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak, di sini, hari ini.

Ujarnya, menyedari air akan menjadi masalah utama kepada penjaja di bulan Ramadan, peniaga turut diingatkan agar sentiasa menggunakan sumber air yang bersih ketika menyediakan makanan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan kepada peniaga membuat pinjaman menerusi Skim Bazar Ramadan (SBR) agar bertindak membayar balik pinjaman tersebut.

PERAKTODAY3

“Saya menyeru bagi pihak kerajaan, bagi peniaga yang membuat pinjaman SBR dan belum membayar balik pinjaman, tunaikan tanggungjawab untuk membayar semula bagi memberi peluang kepada penjaja lain untuk menikmati bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

“Kalau mereka gagal untuk melunaskan bayaran hutang ini, ia akan membantutkan pinjaman kepada peniaga-peniaga lain. Dalam soal ini, kita rasa kebertanggungjawaban untuk melunaskan bayaran pinjaman ini amatlah dialu-alukan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");