Perak Hari Ini

KUISAS Meterai MoU Perjanjian Kerjasama Akademik dengan LSBM, Universiti Northampton

IPOH:Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) telah memeterai satu memorandum Perjanjian Kerjasama Akademik dengan London-School Of Business & Management (LSBM) serta Universiti Northampton dalam usaha meningkat mutu pendidikan dan modal insan pelajarnya.

Menurut Rektor Kuisas Tan Sri Nordin Kardi menerusi kerjasama ini pelajar KUISAS yang cemerlang berpeluang menjalani pembelajaran selama satu semester di LSBM London.

“Sekiranya pelajar dalam tempoh pengajian dengan KUISAS boleh pergi ke sana dan akan mendapat Ijazah daripada Universiti Northampton.

“Jika ingin belajar selama dua semester pelajar berpeluang mendapat dua ijazah satu dari KUISAS dan satu daripada London School of business management khusus buat bagi semester tahun akhir,” katanya sejurus selepas memeterai memorandum tersebut.

PERAK TODAY 7

Terdahulu, majlis memorandum Perjanjian Kerjasama Akademik KUISAS dengan London-School Of Business & Management (LSBM) telah dimeterai diantara Rektor Kuisas Tan Sri Nordin Kardi dan Pengarah LSBM, Robert Hartley yang telah disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bertempat di Pejabat Menteri Besar hari ini.

Tambahnya lagi, program tersebut untuk membantu dan menarik pelajar cemerlang bagi menyertai KUISAS selain berpeluang menyambung pengajian di Universiti Northampton.

“Tiada kriteria khusus tapi kelebihan kepada pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang untuk menyertainya.

“LSBM juga memberi peluang kepada KUISAS dengan menawarkan program peringkat Master di London,” katanya lagi.

Pada masa kini, program ini dibuka untuk pengajian Diploma Pentadbiran Perniagaan, Perbankan dan kewangan Islam, Perakaunan, Teknologi Maklumat dan Multimedia dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagan serta Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam.

PERAK TODAY 4

PERAK TODAY 3

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");