Panasnya Hari Ini

Laporan PAC: 1MDB Patut Bebas Daripada Fitnah

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini menyatakan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya bebas daripada fitnah selepas pembentangan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau berkata, ia berikutan laporan tersebut telah dibuat secara profesional yang melibatkan bukan sahaja wakil kerajaan malah lima ahli parlimen pembangkang yang bekerjasama mengeluarkan laporan berkenaan.

Justeru, tegasnya, pihak pengurusan, kerajaan dan agensi yang berwajib perlu mengambil perhatian terhadap perakuan PAC tersebut.

Namun begitu, beliau tidak menafikan bahawa berkemungkinan berlaku masalah urus tadbir dan urus niaga seperti mana-mana syarikat perniagaan lain.

“Namun, ia sama sekali tidak harus dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mustahil terlibat dalam operasi syarikat,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, syor Perdana Menteri tidak perlu terlibat dalam Lembaga Penasihat 1MDB juga wajar diberikan perhatian.

Katanya, penyusunan tata kelola 1MDB wajib dibuat, manakala kaedah pemantauan lebih ketat juga harus laksanakan.

Terdahulu, PAC telah mengumumkan hasil siasatan terhadap pengurusan tadbir urus 1MDB yang menunjukkan bahawa tiada salah laku jenayah dalam syarikat itu.

Dalam pada itu, PAC turut mendedahkan syarikat tersebut menanggung hutang sebanyak RM50 billion.

PAC juga mengakui bahawa 1MDB mempunyai struktur modal yang lemah dan terdapat beberapa kelemahan tadbir urus yang dijelaskan dengan terperinci dalam laporan tersebut antaranya struktur modal 1MDB terlalu bergantung kepada penggunaan hutang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");