Jenayah

Maut dilanggar bas

Georgetown: Lelaki maut selepas dilanggar bas Rapid Penang di terminal bas Weld Quay di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa, Mehran Shah Abdul Latif Din, 35, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa adalah pekerja pembersihan di syarikat bas terbabit.

Menurutnya, ketika kejadian pemandu bas berusia 23 tahun tidak nampak mangsa yang berada di hadapanya ketika dia mahu masuk ke tempat letak kenderaan.

“Mangsa dilanggar serta tersepit antara dua bas dan dia kemudian dikejarkan ke hospital.

“Dia yang parah dimasukkan ke zon merah namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");