Perak Hari Ini

Lebuhraya Pantai Barat (WEC) Mampu Jana Ekonomi Setempat

IPOH:Projek pembinaan Leburaya Pantai Barat (WEC) yang bermula pada 25 Ogos 2014 lalu dijangka mampu membuka peluang baharu dalam pelbagai sektor termasuk sektor pelancongan apabila ia dijangka siap dalam tempoh masa lima tahun akan datang.

Menurut Exco kerajaan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin status terkini di Perak untuk projek Lebuhraya tersebut  melibatkan kerja-kerja pengesanan tapak kerja tanah antara hutan Melintang ke Teluk Intan dan dari kampung Lekir ke Changkat Cermin.

“Manakala dari  Changkat Cermin ke Taiping proses pengambilan tanah sedang giat dijalankan.

“Khususnya bagi Daerah Hilir perak membinaan jajaran lebuhraya Pantai Barat ini  melibatkan persimpangan Hutan Melintang ke Teluk Intan sepanjang 18.5 kilometer pastinya pembinaan ini membawa faedah kepada penduduk daerah Hilir Perak,” katanya ketika menjawab soalan lisan diajukan oleh Datuk Mohd Azhar Jamaluddin (BN-Changkat Jong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi, proses pembinaan tersebut dijangka akan meningkatkan peluang pekerjaan kalangan penduduk setempat sama ada pekerja mahir mahu pekerja separuh mahir.

“Apabila projek ini siap, ia akan membuka peluang pekerjaan dalam sektor penyelenggaraan, dan perniagaan dan kawasan rehat dan rawat di Teluk Intan.

“Ia juga meningkatkan nilai hartanah, sepanjang jajaran lebuhraya dan lantas menjadi pemangkin serta merancakkan sosioekonomi untuk penduduk setempat memandang jarak perjalanan kawasan selatan dan utara dapat dipendekkan,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, penduduk daerah hilir Perak perlu melalui jalan persekutuan negeri terlebih dahulu sebelum memasuki lebuh raya sebelum memasuki Lebuh raya PLUS.

“Seterusnya pembinaan ini berjaya memendekkan jarak perjalanan lebuhraya ini akan menjadi jalan alternatif daripada lebuhraya PLUS.

“Ia dapat menggelakkan kesesakan trafik, di lebuh raya PLUS terutamanya pada musim perayaan di samping dapat merancakkan sektor pelancongan,” katanya lagi.

Jelasnya lanjut, berdasarkan laporan daripada Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Syarikat konsesi akan menaik taraf simpang tiga kepada persimpangan bertingkat menuju ke jambatan Sultan Yusoff yang dikenali sebagai Teluk Intan Interchange.

“Ia termasuk dalam jajaran seksyen lapan, dari hutan Melintang Interchange ke Teluk Intan Interchange sepanjang 18.5 kilometer untuk kerja menaiktaraf dan pelebaran jalan masuk daripada Teluk Intan melalui jalan Maharajalela malah Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memohon peruntukan melebarkan jalan,” ulasnya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");