Membawang Hari Ini

Liyana dedikasi lagu Oh Nana buat suami

KUALA LUMPUR: Biarpun dirinya dilihat lebih menyerlah dalam lakonan dan pada masa sama memberikan tumpuan keluarga serta dunia perniagaan, bidang nyanyian sama sekali tidak pernah ditinggalkan Liyana Jasmay.

Kali terakhir muncul dengan single berjudul Jujur kira-kira tiga tahun lalu, ibu kepada Sofia Arissa dan Selena itu akhirnya kembali dengan lagu berentak pop R&B, Oh Nana.

Melihat kepada judul lagu terbaharunya, pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa nama manjanya sendiri yang diangkat sebagai tajuk dendangan terkininya hasil ciptaan Alif Abdullah? Kepada BH Online Liyana menjelaskan, dia sendiri kurang pasti mengapa komposer terbabit berbuat demikian.

“Saya percaya Alif mempunyai tafsiran tersendiri dalam hal berkenaan. Jadi, persoalan itu rasanya lebih baik ditanya kepada dirinya.

“Apa yang boleh saya katakan, lagu ini adalah mengenai pertemuan seseorang dengan insan yang dicintainya. Kerana cinta itu juga kita lupa sejarah dan apa yang pernah berlaku sebelum itu. Semuanya kerana orang yang kita cintai itu melengkapkan lagi hidup. Lebih tepat, lagu itu ditujukan buat suami saya yang tercinta (Fathuddin Mazlan).

“Lagu ini akan diedarkan oleh Warner Music. Cuma saat ini saya belum pasti, bila ia akan dipromosikan? Mungkin bulan depan atau lepas raya,” katanya. Menurut Liyana, biarpun ada yang melihat kerjaya nyanyiannya seperti sekadar suka-suka, tetapi dia optimis berkongsi bakat yang ada.

“Saya masih minat menyanyi. Saya juga perlu berusaha mendapatkan material yang benar-benar sesuai. Ada kalanya percaturan kita dalam hal ini tidak menjadi. Namun begitu, semangat saya kembali membara apabila melihat kejayaan lagu Cinta Bersatu, tidak lama dulu.

“Seperti juga bidang lakonan, bukan senang untuk kita mendapat naskhah yang baik dan hebat. Ia kadang-kadang berbalik kepada soal tuah dan rezeki,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/143092

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");